"alah,passing kau pun belum tentu boleh score" zaki menyindir.
"kau ingat kau bagus sangat ke ha? tak ingin lah aku main dgn kau" aku terus berlalu pergi meninggalkan padang.
"marah lah tu!" zaki menjerit.

begitu juga aku,manusia yg selalu saja marah dan dimarahi.kadang kadang bila dah marah sangat,yg tak bersalah pun pasti merasa tempias nya.maaf sahabat,aku terlampau emosi.tapi,baru sekarang aku terjumpa sebuah hadis yg berkaitan dgn marah,aku pasti kalian pernah dengar :
Bukanlah orang gagah itu,orang kuat bertinju.Akan tetapi orang yg gagah adalah orang yg dapat mengawal diri ketika marah. (riwayat Bukhari dan Muslim)
hadis ini memberi maksud kepada kita bagaimana ciri ciri orang gagah yg disebut islam kan.orang gagah yg sebenar pasti berpendapat bahawa marah bukanlah jalan penyelesaian yg sebenar.mereka berhadapan dgn marah dlm satu situasi dgn cara yg professional.jadi bagi manusia manusia yg 'gagah' di luar sana,tahniah!
"kenapa kau tak pukul je dia tadi? aku dengar pun 'panas',rasa nak bergaduh je!" hasut seorang rakan.
"biarkanlah,bersabar itu kan lebih baik"
bergaduh dengan orang bodoh,nanti jadi bodoh.orang bodoh itu dinding batu.baling dengan bola ping pong,dia berpatah balik kena dahi kita.lawan orang bodoh,bodoh! lawan orang gila,gila! sabar itu adalah lawan kepada marah.sabar adalah separuh daripada iman.
"jika seseorang datang membuat kita marah,maka dia adalah 'guru' terbaik yang hendak mengajar kita erti sabar"so,sudah terang mengapa tuhan jadikan sifat marah dlm diri manusia. tidak lain hanyalah utk kita sedar sejauh mana tahap iman kita dlm menghadapi kemarahan,.ya,pasti bersangkut paut juga,tanpa iman,bagaimana mungkin kita dapat mengawal kemarahan kan? justeru,ianya berperanan supaya kembali kepada fitrah kehidupan yg mengajak kita utk bersabar dan mendekatkan diri kepada NYA.
"sabar mat,pergi ambil wudu' tu.baca quran ke,sembahyang ke.nanti hilang lah marah tu" nasihat kawan.
kan sudah ada 'kunci' untuk pengubat segala marah tu.Jadi bila kita menghampiri perasaan itu,waspadalah! syaitan sudah bersedia di sekeliling kita utk meniup api kemarahan.apa yg perlu dibuat?
memperbanyakkan ibadah kepada sang pencipta.
tiada untung nya bergaduh bahkan membawa kepada benda yg lebih buruk lagi.jangan ikutkan hati yg panas.nanti buruk padahnya!
sedikit perkongsian yg bermanfaat :)