Thursday 6 June 2013

cinta untuk siapa?

kali ini mungkin agak 'special' artikel,cinta! mana mungkin aku bercerita tentang cinta kerana diluar sana lebih mahir dan berpengalaman kan?
cinta antara perasaan manusia paling mulia.apabila cinta terlahir kerana allah dan menjadi asas hubungan interpersonal,banyak masalah dapat diselesaikan.selain itu,ia dapat menghasilkan kemanisan dan kepuasan untuk individu yang bercinta dan kepada masyarakat secara keseluruhannya.

tapi kerap diungkapkan,cinta itu buta.apakah benar cinta itu buta?
apakah cinta orang yang beriman juga buta?

kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak,mana yang batil,tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.
namun,sekiranya buta yg dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya(ALLAH).
ya! cinta orang beriman itu buta,tetapi bukan buta melulu,yg buta melulu hanyalah cinta orang yg lemah iman.cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan pujukan syaitan,apa saja pasti diturutkan,orang yg buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah,harga diri malah membunuh demi cinta.

apabila bercerita tentang cinta ni,pasti tidak lari dari persekitaran dunia remaja kita kan? sibuk ber'sms',call sapenjang hari,satu permandangan yg selalu dipotretkan dimana mana saja.memang tidak salah bercinta,tapi ingat! perlu dijaga batas batasnya.

semakin ramai siswa siswi serta muda mudi hari ni berani membuat hukum sendiri bahawa kononnya cinta mereka adalah suci kerana mereka ber'sms' hal hal iman dan amal serta nasihat nasihat yang baik.namun,hakikatnya yg terangsang bukanlah keinginan utk beribadah dan beramal,tetapi gelodak nafsu dan tipuan yg licik dari syaitan.


"mesej yang baik baik pun salah,bukan mesej benda benda tak elok pun"

ya,barangkali pasti terdetik untuk menidakkan kenyataan diatas.tapi cuba kembali berfikir bila si dia menyuruh kita melakukan sesuatu kebaikan contohnya puasa.kita berpuasa kerana kita telah disuruh si dia dan kita mempunyai niat berpuasa kerana dia.bukankah ibadah tersebut hanyalah kepada allah saja?
nampak kan,kita sudah menjadi buta! 
Jika kita berbuat kerana manusia, pasti ada manusia yang akan mengecewakan kita. Jangan memburu cinta manusia. Tetapi burulah cinta Allah, nescaya cinta manusia akan mengekor.
tamsilannya,memang susah utk sedar dimana kesilapannya,jadi apabila dikejutkan,teruslah sedar bahawa kesilapan itu perlu ditinggalkankan terus dari diri kita!
semoga memberi manfaat :)

Friday 31 May 2013

Marahkah Kamu?

"kenapa tak pass bola tadi kat aku,elok aku depan gol tadi" aku marah.
"alah,passing kau pun belum tentu boleh score" zaki menyindir.
"kau ingat kau bagus sangat ke ha? tak ingin lah aku main dgn kau" aku terus berlalu pergi meninggalkan padang.
"marah lah tu!" zaki menjerit.

  MARAH,semua makhluk pasti marah hatta kucing pun akan marah kalau kita kacau anaknya,inikan kita yg selalu saja dihasut iblis dengan nafsu amarah yg tak sudah.dengan marah saja,pelbagai perkara yg tak diingini boleh terjadi dan pendorong kepada segala kemudaratan kan? cuba kita kaji sendiri,berapa banyak pristiwa yg berkaitan marah yg berlaku disekeliling kita.orang bergaduh disebabkan marah kerana dihina dan bermacam macam lagi,bahkan ada yg sanggup memaki hamun tak tentu pasal.disebabkan marah,manusia mudah hilang kesedaran diri kan,betul tak?
begitu juga aku,manusia yg selalu saja marah dan dimarahi.
kadang kadang bila dah marah sangat,yg tak bersalah pun pasti merasa tempias nya.maaf sahabat,aku terlampau emosi.tapi,baru sekarang aku terjumpa sebuah hadis yg berkaitan dgn marah,aku pasti kalian pernah dengar :
Bukanlah orang gagah itu,orang kuat bertinju.Akan tetapi orang yg gagah adalah orang yg dapat mengawal diri ketika marah. (riwayat Bukhari dan Muslim)

hadis ini memberi maksud kepada kita bagaimana ciri ciri orang gagah yg disebut islam kan.orang gagah yg sebenar pasti berpendapat bahawa marah bukanlah jalan penyelesaian yg sebenar.mereka berhadapan dgn marah dlm satu situasi dgn cara yg professional.jadi bagi manusia manusia yg 'gagah' di luar sana,tahniah!

"kenapa kau tak pukul je dia tadi? aku dengar pun 'panas',rasa nak bergaduh je!" hasut seorang rakan.
"biarkanlah,bersabar itu kan lebih baik" 
   
  bergaduh dengan orang bodoh,nanti jadi bodoh.orang bodoh itu dinding batu.baling dengan bola ping pong,dia berpatah balik kena dahi kita.lawan orang bodoh,bodoh! lawan orang gila,gila! sabar itu adalah lawan kepada marah.sabar adalah separuh daripada iman.

"jika seseorang datang membuat kita marah,maka dia adalah 'guru' terbaik yang hendak mengajar kita erti sabar"
so,sudah terang mengapa tuhan jadikan sifat marah dlm diri manusia. tidak lain hanyalah utk kita sedar sejauh mana tahap iman kita dlm menghadapi kemarahan,.ya,pasti bersangkut paut juga,tanpa iman,bagaimana mungkin kita dapat mengawal kemarahan kan? justeru,ianya berperanan supaya kembali kepada fitrah kehidupan yg mengajak kita utk bersabar dan mendekatkan diri kepada NYA.

"sabar mat,pergi ambil wudu' tu.baca quran ke,sembahyang ke.nanti hilang lah marah tu" nasihat kawan.

kan sudah ada 'kunci' untuk pengubat segala marah tu.Jadi bila kita menghampiri perasaan itu,waspadalah! syaitan sudah bersedia di sekeliling kita utk meniup api kemarahan.apa yg perlu dibuat?
memperbanyakkan ibadah kepada sang pencipta.

tiada untung nya bergaduh bahkan membawa kepada benda yg lebih buruk lagi.jangan ikutkan hati yg panas.nanti buruk padahnya!
sedikit perkongsian yg bermanfaat :)

Monday 27 May 2013

Selangkah Mula

assalamualaikum kepada pelawat blog yg dirahmati sekalian.saya berasa masih baru untuk mencoretkan sesuatu utk dikongsi bersama dan berharap kalian berasa sesuatu yg bisa menjadikan sesuatu perubahan yg positif utk kita semua dengan kehendaknya.sebenarnya nak kongsi apa ya? cuma baru belajar untuk menulis artikel (penulis yg hebat menjadikan sesuatu soalan itu sebagai penarik utk membaca yg seterusnya,begitu juga aku) hahaha!
tiada nilai masa seseorang jika tidak dipenuhi dengan sesuatu pekerjaan yg dapat membuahkan hasil kan? make your plan before action!