Thursday 6 June 2013

cinta untuk siapa?

kali ini mungkin agak 'special' artikel,cinta! mana mungkin aku bercerita tentang cinta kerana diluar sana lebih mahir dan berpengalaman kan?
cinta antara perasaan manusia paling mulia.apabila cinta terlahir kerana allah dan menjadi asas hubungan interpersonal,banyak masalah dapat diselesaikan.selain itu,ia dapat menghasilkan kemanisan dan kepuasan untuk individu yang bercinta dan kepada masyarakat secara keseluruhannya.

tapi kerap diungkapkan,cinta itu buta.apakah benar cinta itu buta?
apakah cinta orang yang beriman juga buta?

kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak,mana yang batil,tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.
namun,sekiranya buta yg dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya(ALLAH).
ya! cinta orang beriman itu buta,tetapi bukan buta melulu,yg buta melulu hanyalah cinta orang yg lemah iman.cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan pujukan syaitan,apa saja pasti diturutkan,orang yg buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah,harga diri malah membunuh demi cinta.

apabila bercerita tentang cinta ni,pasti tidak lari dari persekitaran dunia remaja kita kan? sibuk ber'sms',call sapenjang hari,satu permandangan yg selalu dipotretkan dimana mana saja.memang tidak salah bercinta,tapi ingat! perlu dijaga batas batasnya.

semakin ramai siswa siswi serta muda mudi hari ni berani membuat hukum sendiri bahawa kononnya cinta mereka adalah suci kerana mereka ber'sms' hal hal iman dan amal serta nasihat nasihat yang baik.namun,hakikatnya yg terangsang bukanlah keinginan utk beribadah dan beramal,tetapi gelodak nafsu dan tipuan yg licik dari syaitan.


"mesej yang baik baik pun salah,bukan mesej benda benda tak elok pun"

ya,barangkali pasti terdetik untuk menidakkan kenyataan diatas.tapi cuba kembali berfikir bila si dia menyuruh kita melakukan sesuatu kebaikan contohnya puasa.kita berpuasa kerana kita telah disuruh si dia dan kita mempunyai niat berpuasa kerana dia.bukankah ibadah tersebut hanyalah kepada allah saja?
nampak kan,kita sudah menjadi buta! 
Jika kita berbuat kerana manusia, pasti ada manusia yang akan mengecewakan kita. Jangan memburu cinta manusia. Tetapi burulah cinta Allah, nescaya cinta manusia akan mengekor.
tamsilannya,memang susah utk sedar dimana kesilapannya,jadi apabila dikejutkan,teruslah sedar bahawa kesilapan itu perlu ditinggalkankan terus dari diri kita!
semoga memberi manfaat :)

No comments:

Post a Comment